• UNIT PERUNDINGAN UNIVERSITI MALAYA
  • upum@um.edu.my
logo
logo

Sesi Rundingan Awam Untuk Spesifikasi Teknikal Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN TS)

Dec 14, 2021
12.00 AM - 12.00 AM
http://bit.ly/span-ts

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara  (SPAN) telah melantik UPUM Sdn Bhd sebagai perunding bagi membangunkan SPAN TS bagi enam (6) jenis produk bagi sistem bekalan air dan pembetungan.  Sukacita kami menjemput Tuan/ Puan untuk mengambil bahagian dalam Rundingan Awam Bagi SPAN Technical Standard (SPAN TS). Draf SPAN TS ini telah dibangunkan dengan kerjasama ahli-ahli Kumpulan Kerja Pembangun (KKP) yang telah dilantik oleh UPUM Sdn Bhd.

Bagi tujuan penambahbaikan dan memastikan keterangkuman SPAN TS yang dibangunkan mengambilkira keperluan semua pihak pemegang taruh, sukacita kami menjemput YBhg. Prof./ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan mengambil bahagian dalam sesi rundingan awam bermula 14hb Disember 2021.

Tarikh akhir bagi penghantaran maklumbalas rundingan awam ialah pada 10hb Januari 2022. Borang maklumbalas yang telah lengkap boleh dikemukakan kepada rshazrin@galaxytechsolutions.my

Sekiranya YBhg. Prof./ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Raja Shazrin Shah bin Raja Ehsan Shah (Pengurus Projek) di alamat e-mel: rshazrin@galaxytechsolutions.my atau di talian +60-17-3778221.